Express Your Feeling Here!


Grab This Slider
Shout

I love My Followers

couple : perlu ke sekarang?

Monday, August 2, 2010
Announcement
" Ju, nanti cari la ustazah sorang, " kata mak saudara aku.

Sesaat kemudian ayah saudara aku menyampuk, " Hmphh, tak payah la Ju. Cari yang pakai skirt-skirt la pulak. Hahaha,".

Suasana diam seketika, masing-masing tersenyum.

" Ibu jugakan yang cakap 'ustazah-ustazah' ni jubah sendiri pun busuk tak basuh," sambungnya lagi.

Senyuman tidak lekang daripada bibirnya, bahagia rasanya mengusik isterinya. Proton satria merah miliknya dipandu cermat perlahan-lahan. Had laju perkarangan university mesti dipatuhi agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
“ Memang la, tapi jangan la cari yang macam tu. Carilah yang rajin-rajin. Inikan baju sendiri pun malas nak basuh, macam mana nak jaga suami nanti?” suara prihatinnya jelas kedengaran.

Aku yang berada di tempat duduk belakang sekadar tersengih, terhibur dengan gelagat keluarga ini. Anak-anak mereka yang sedari tadi asyik dengan permainan video turut sesekali mencuri dengar, buat-buat faham agaknya.

“ Tak nak la ciksu. Tak kawin lagi, nanti tak boleh nak pegang-pegang. Hahaha,” kataku sekadar berseloroh, sekadar mengikut rentak mereka. Mungkin kerana terpandang pasangan-pasangan yang berkeliaran, bertebaran di laman university membuatkan dia membuka topic ini.

Tidak pernah rasa dihati ini terkesan dengan kata-katanya tapi setakat ini aku memang lebih memikirkan pelajaran daripada soal teman hidup. Dengan PNG yang tidak seberapa, aku lebih runsing akan soal masa depan ibubapa dan keluarga. Bagaimana tidak? Mereka semakin lama bukannya semakin muda. Keutamaan aku pada masa sekarang ialah agar aku dapat berbakti pada mereka, agar masa tua mereka tenang dan bangga dengan anak-anak mereka. Bagaimana aku hendak mencapai impian ini sekiranya keputusan ijazahku sekadar cukup-cukup makan?

Tidak dinafikan jauh dalam sudut hati ini menginginkan seorang teman yang bisa diajak berbicara, berkongsi perasaan. Seorang teman yang bisa menyokong, mengukuhkan pendirian hidup ini. Seorang teman yang bisa menemani tika saat memerlukan. Tapi aku sesekali tidak pernah memerlukan seorang teman yang merosakkan. Seorang teman yang melekakan, melalaikan cita-citaku. Seorang teman yang tidak mungkin memahami keluargaku, situasiku dan aku.

Pada masa sekarang, aku banyak memerhatikan cara hidup masyarakat sekeliling. Remaja-remaja yang berpasangan tanpa sebarang niat untuk berkahwin semakin ketara bilangannya. Hasilnya, anak-anak luar nikah dicampakkan ke dalam tong sampah bersama-sama harga diri dan maruah seorang perawan. Ahli masyarakat kita terlalu banyak berbuat maksiat sehinggakan perkara-perkara yang jelas-jelas haram disisi agama seolah-olah dipersenda dan diperkecil.

Kalau beginilah hasilnya berpasangan berdasarkan gelodak hormone remaja, aku lebih rela bersendirian. Mungkin inilah pengorbanan terbaik diriku untuk masa depanku, akhiratku, keluargaku, aku, dan kamu wahai bakal isteriku.

diambil daripada http://ju-nise.blogspot.com

3 comments:

  1. diraja22 said...:

    tetapkan pendirian..
    buat yg telah digariskan,
    tinggalkan segala larangan..

  1. sue-yanie said...:

    thanks sebbab komen....insyallah saya akan tetapkan pendirian.~

  1. Cik Bucken said...:

    satu mase nanti jodoh tu akan datang
    :D berdoa stiap hari ye..
    slmt berpose ^_^

Post a Comment