Express Your Feeling Here!


Grab This Slider
Shout

I love My Followers

Ramadhan Bulan Pemutihan Akhlak

Wednesday, August 10, 2011
Announcement

Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana di dalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan amalan kebajikan yang lain. Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh. Selari dengan keberkatan bulan suci  ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga. Berdasarkan ganjaran pahala yang hebat inilah maka Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat baginda.

Agar Cantik di Mata, Indah di Hati

Thursday, February 24, 2011
Announcement
Setiap manusia mempunyai jalan cerita hidup masing-masing. Allah SWT menciptakan kejadian alam dengan pelbagai kesan natijah yang berbeza-beza. Begitu juga dengan hidup sebagai seorang wanita yang sentiasa diselubungi seribu satu persoalan dan kesangsian. Sifat halus dan teliti seorang wanita mungkin menjadi faktok mengapa wanita terlalu berprasangka dan berfikir hingga kadang-kala otak menjadi tepu dan tak mampu lagi untuk memproses buah fikiran menjadi waras. Kita sebagai wanita harus bijak dalam mentafsir apa itu kemahuan dan apa itu keperluan hidup.  

Jurang perbezaan antara dua perkara ini yang terlalu  sedikit, menuntut kita untuk lebih kritikal dalam memahami kehendak hati agar tidak terdaya oleh tipu daya syaitan yang sentiasa ada di mana-mana. Apatah lagi bagi kita yang berazam seboleh-bolehnya mahu berdoa menjadi teman, semakin bersemangatlah mereka mengatur bala tentera untuk menyesatkan arah kita.

Kalau Tak Suka, Pulangkan....

Tuesday, February 1, 2011
Announcement

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Its Holiday - still boring

Saturday, January 29, 2011
Announcement

Cuti kali ini, agak membosankan.. Kerana sue tak tau nak buat apa.. kalau buat sesuatu mesti rasa macam ada yang tak kena. Nak apply kerja pun susah sebab tiada transport nak kerja. So, cuti ni duk kat rumah je. kalau ada program, barulah dapat keluar. Kalau parents bawa keluar, baru nak hirup udara yang segar di luar sana. kalau kat rumah pulak, kerja sue kemas-kemas rumah, masak, tengok tv, tengok muvee dan lain lagi. tapi still membosankan.. so, korang ada apa-apa menarik tak untuk suggest kat sue?

Rindu dah nak berblog lagi..

Wednesday, January 12, 2011
Announcement

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Actually, Sue lama dah tak berblog ni. Sebab dulu Nak exam SPM. Alhamdulillah. Peperiksaan dapat Dijawab dengan hati yang tenang. Tak Confirm lah boleh betul semua jawapan tu. hehe. Apapun, lama sangat dah tidak berblog walking ni. Hampir 2 atau 3 bulan. Bila dah mula lagi ni, Sue nak mula dengan wajah blog yang baru. Suka tak wajah blog yang baru ni?? Sebenarnya, abang sue yang buat.. Blog dia boleh jenguk kat sini . Nak cerita pasal SPM ni, Sue bersekolah asrama. So, jarang sangat lah kalau nak online ni. Paper SPM pun ada 11 Subjek. nak kena belajar semua tu, tak dapat le nak tengok internet saja. Insyallah, dapat keputusan cemerlang nanti. Doakan ye. Bitaufiq Wa Najah.