Express Your Feeling Here!


Grab This Slider
Shout

I love My Followers

Agar Cantik di Mata, Indah di Hati

Thursday, February 24, 2011
Announcement
Setiap manusia mempunyai jalan cerita hidup masing-masing. Allah SWT menciptakan kejadian alam dengan pelbagai kesan natijah yang berbeza-beza. Begitu juga dengan hidup sebagai seorang wanita yang sentiasa diselubungi seribu satu persoalan dan kesangsian. Sifat halus dan teliti seorang wanita mungkin menjadi faktok mengapa wanita terlalu berprasangka dan berfikir hingga kadang-kala otak menjadi tepu dan tak mampu lagi untuk memproses buah fikiran menjadi waras. Kita sebagai wanita harus bijak dalam mentafsir apa itu kemahuan dan apa itu keperluan hidup.  

Jurang perbezaan antara dua perkara ini yang terlalu  sedikit, menuntut kita untuk lebih kritikal dalam memahami kehendak hati agar tidak terdaya oleh tipu daya syaitan yang sentiasa ada di mana-mana. Apatah lagi bagi kita yang berazam seboleh-bolehnya mahu berdoa menjadi teman, semakin bersemangatlah mereka mengatur bala tentera untuk menyesatkan arah kita.

1 comments:

  1. KasGUs said...:

    stuju dengan cantik d mata indah d hati,..

Post a Comment